4 jenis manusia dalam islam
Empat Jenis Manusia Dalam Dunia Oleh Syeikh Abdul Qadir Al- Jailani.
1. Mereka yang tidak ada lidah dan tidak ada hati.
Mereka ini ialah orang-orang yang bertaraf biasa, berotak tumpul
dan berjiwa kerdil yang tidak mengenang Allah dan tidak ada kebaikan
pada mereka. Mereka ini ibarat melukut yang ringan, kecuali mereka
dilimpahi
dengan kasih sayang Allah dan membimbing hati mereka supaya
beriman serta menggerakkan anggota-anggota mereka supaya patuh kepada
Allah.
Berhati-hatilah supaya kamu jangan termasuk dalam golongan mereka.
Janganlah kamu layan mereka dan janganlah kamu bergaul dengan mereka.
Merekalah orang-orang yang dimurkai Allah dan penghuni neraka. Kita
minta dilindungi Allah dari pengaruh mereka. Sebaliknya kamu hendaklah
cuba menjadikan diri kamu sebagai orang yang dilengkapi dengan Ilmu
Ketuhanan, Guru kepada yang baik, Pembimbing kepada agama Allah,
Penyampai dan pengajak kepada manusia kepada jalan Allah.
Berjaga-jagalah jika kamu hendak mempengaruhi mereka supaya mereka patuh
kepada Allah dan beri amaran kepada mereka terhadap apa-apa yang
memusuhi Allah. Jika kamu berjuang di jalan Allah untuk mengajak mereka
menuju Allah, maka kamu akan jadi pejuang dan pahlawan di jalan Allah
dan akan
diberi ganjaran seperti yang diberi kepada Nabi-nabi dan Rasul.
Nabi Muhammad SAW pernah bersabda kepada Saidina Ali; "Jika
Allah membimbing seseorang melalui bimbingan kamu kepadaNya, maka
itu terlebih baik kepada kamu dari apa-apa sahaja di mana matahari
terbit".
2. Mereka yang ada lidah tetapi tidak ada hati.
Mereka bijak bercakap tetapi tidak melakukan seperti yang dicakapkannya.
Mereka mengajak manusia menuju Allah tetepi mereka sendiri lari dari
Allah.Mereka benci kepada maksiat yang dilakukan oleh orang lain, tetapi
mereka sendiri bergelumbang dalam maksiat itu.Mereka menunjuk kepada
orang lain yang mereka itu Soleh tetapi mereka sendiri melakukan
dosa-dosa yang besar. Bila mereka bersendirian, mereka
bertindak selaku harimau yang berpakaian. Inilah orang yang dikatakan kepada Nabi SAW. dengan sabda;
"Yang paling aku takuti dan aku pun takut di kalangan umatku ialah orang alim yang jahat".
Kita berlindung dengan Allah daripada orang alim seperti itu. Oleh
itu, larilah dan jauhkan diri kamu dari orang-orang seperti itu. Jika
tidak, kamu akan terpengaruh oleh kata-kata manis yang bijak berbicara
itu dan
api dosanya itu akan membakari kamu dan kekotoran hatinya akan membunuh kamu.
3. Mereka yang mempunyai hati tetapi tidak ada lidah.
Dia adalah seorang yang beriman.Allah telah mendindingkan
mereka daripada makhluk dan menggantungkan di keliling mereka
dengan tabirNya dan memberi mereka kesedaran tentang cacat cedera
diri mereka. Allah menyinari hati mereka dan menyedarkan mereka
tentang kejahatan yang timbul oleh kerana mencampuri urusan orang ramai
dan kejahatan yang timbul oleh kerana mencampuri orang ramai
dan kejahatan kerana bercakap banyak.
Mereka ini tahu bahawa keselamatan itu terletak dalam "DIAM"
dan bekhalwat. Nabi SAW. pernah bersabda; "Barangsiapa yang diam akan
mencapai keselamatan".
Sabda baginda lagi;
"Sesungguhnya berkhidmat kepada Allah itu terdiri dari sepuluh bahagian, sembilan darinya terletak dalam diam".
Oleh itu mereka dalam golongan jenis ini adalah Wali Allah
dalam rahsiaNya, dilindungi dan diberi keselamatan, bijaksana, rakan
Allah dan diberkati dengan keredhoan dan segala yang baik akan diberikan
kepada mereka. Oleh itu, kamu hendaklah berkawan dengan mereka dan
bergaul dengan orang-orang ini dan diberi pertolongan kepada mereka.
Jika kamu berbuat demikian, kamu akan dikasihi Allah dan kamu akan
dipilih dan dimasukkan dalam golongan mereka yang menjadi Wali Allah
dan hamba-hambanya yang Soleh.
4. Mereka yang diajak ke dunia tidak nampak(Alam Ghaib), diberi pakaian kemuliaan seperti dalam sabda Nabi SAW;
'Barangsiapa yang belajar dan mengamalkan pelajarannya dan mengajarkan
orang yang lain, maka akan diajak ke dunia ghaib dan permuliakan".
Orang dalam golongan ini mempunyai ilmu-ilmu Ketuhanan dan tanda-tanda
Allah. Hati mereka menjadi gedung ilmu Allah yang amat berharga dan
orang itu akan diberi Allah rahsia-rahsia yang tidak diberi kepada orang
lain. Allah telah memilih mereka dan membawa mereka hampir hampir
kepadaNya. Allah akan membimbing mereka dan membawa mereka ke sisiNya.
Hati mereka akan dilapangkan untuk menerima rahsia-rahsia ini dan
ilmu-ilmu yang tinggi. Allah jadikan mereka itu pelaku dan lakuanNya dan
pengajak manusia kepada jalan Allah dan melarang membuat dosa dan
maksiat. Jadilah mereka itu "Orang-orang Allah". Mereka mendapat
bimbingan yang benar dan yang mengesahkan kebenaran orang lain.
Mereka ibarat timbalan Nabi-nabi dan Rasul-rasul Allah. Mereka sentoasa
mendapat taufiq dan hidayah dari Allah Yang Maha Agung. Orang yang dalam
golongan ini adalah pada peringkat terakhir atau puncak kemanusian dan
tidak ada Maqam di atas ini kecuali Kenabian.
Oleh itu hati-hatilah kamu supaya jangan memusuhi dan
membantah orang-orang seperti ini dan dengarlah cakap atau nasihat
mereka. Oleh itu, keselamatan terletak dalam apa yang dicakapkan oleh
mereka dan
dalam berdamping dengan mereka, kecuali mereka yang Allah beri kuasa dan pertolongan terhadap hak dan keampunanNya.
Sheikh Abdul Qadir Al-Jailan telah bahagikan manusia itu kepada empat
golongan. Sekarang terpulanglah kepada diri kita untuk memeriksa diri
sendiri jika kita mempunyai fikiran. Dan selamatkanlah diri kita jika
ingin keselamatan. Mudah-mudahan Allah membimbing kita menuju kepada apa
yang dikasihiNya dan diredhaiNya, dalam dunia ini dan di akhirat kelak.
Terima kasih telah berkunjung...
